Sunday, 12 October 2014

The Proof Sarawak Only Join not Unite with Malaya

Kita di Sarawak harus sedar siapa kita yang sebenarnya.Berpuluh tahun kita merdeka tetapi negeri masih mundur lagi.Sedangkan pengeluaran hasil perkapasita negeri kita yang membangunkan kebanyakakn negeri Malaya.Sekarang kerajaan kita masih banyak berhutang dengan bank dunia tetapi hasil negeri kita yang membayar hutang tersebut.

Sebagai sebuah tanah air yang tercinta kita di Sarawak harus tengok kemodenan negara Jepun dimana negara Jepun menjadi padang jarak padang tekukur semasa peperangan dunia kedua.Kalau dibandingkan negara kita pun sebesar Jepun terutamanya negara kita di Sarawak malah lebih kaya dari segi hasil bumi nya dari Jepun.Berpuluh tahun kita di Sarawak hidup tetapi keadaan negeri  kita masih mundur.Cuba kita bertanya kenapa negara Jepun yang dulu muflis menjadi negara yang termoden sekali didunia?Bagaimana mereka membangunkan negara mereka begitu pesat sekali?Kalau bandingkan dengan Singapore memang tak layak kerana negara Singapore adalah pulau yang kecil,kalau dibandingkan dengan Australia,Sarawak hanya pulau kecil bagi tanah di Australia.Malah kita pun tahu,negera Jepun pencipta robotic yang terdahulu dari negara negara Barat.Yang menghairankan kenapa negara kita yang tak menjadi padang jarak padang tekukur tetap masih mundur dari segi infrastuktur,perhubungan dan pemodenan?

Dari segi sukan pula,cuba kita tengok persatuan bola sepak negara semua nya rata rata orang Melayu di Semanjung sahaja yang terpilih,kita di Sarawak dan Sabah diketepikan,malah bangsa lain juga diketepikan.Kalau dilihat sewaktu kegemilangan Mokhtar dahulu,pelbagai bangsa dipilih atas bakat semulajadi.

Dari dulu kita di Sarawak tak pernah rasa hidup merdeka cuma yang merdeka tiada kekacauan itu sahaja kemerdekaan yang kita ada.Malah hasil negeri kita di Sarawak menjadi milik negara Malaya.Cuma kita renungkan sesebuah negara memberi hasil nya kepada negara lain,kalau diberi erti kita di Sarawak menjadi jajahan negara Malaya.Jadi dahulu kita minta kemerdekaan pada British tetapi kita secara diam diam dijajah Malaya.Kita menjadi jajahan nya dan penjajah itu adalah Malaya.Lebih baik tidak payah minta kemerdekaan pada  British kalau begini jadinya,lebih baik tidak payah merdeka sebab bagi saya,merdeka atau tidak pada waktu sekarang ni,kita tetap sama sahaja hidup.Masih dijajah lagi.

Mungkin kita di Sarawak masih menyokong dasar nya tetapi kalau kita renungkan bersama,kita akan tahu kita dijajah selama berpuluh puluh tahun dari Malaya.Sebagai bangsa dayak kita dayak banyak diketepikan.Siapakah kita disisi Malaya??Renungkan sahabat.Kita boleh mentadbir negara sendiri kalau anda seorang bijak yang tahu erti kemerdekaan.Apa erti kemajuan kalau kita masih lagi di takuk yang lama dan kemodenan hanya sedikit demi sedikit?Hasil bumi diberi habis kepada Malaya?Sedarlah sahabat cukup kita tidur mengenang nasib diri.Menteri yang kaya ramai rakyat jelata yang belum mencapai ditahap orang yang berada berharta benda.Saya pilu mengenang nasib rakyat kita dayak yang sewenang wenang nya dipijak bangsa lain.

"Sayau Sarawak,Sarawak Kitai"...

No comments: