Monday, 13 October 2014

In Memory The Great Soldier From Sarawak

Pemergian beberapa anggota Platun Sarawak Rangers seperti Kanang Anak Langkau,Indang Anak Engkas dan lain lain lagi anggota Sarawak Rangers menjadi ratapan rakyat yang begitu menghormati jasa mereka mempertahankan tanah air tercinta kita di Sarawak dan serata Malaysia.Malah pingat pingat yang diberi kepada mereka tidak senilai dengan jasa jasa mereka yang begitu berharga untuk dinilai dari semua harta didunia.

Kalau tidak ada jasa jasa platun Sarawak Rangers,negara Malaysia masih lagi huru hara sampai sekarang.Beberapa platun Sarawak Rangers terkorban semasa pertempuran mempertahankan Malaysia,namun nama mereka terkubur begitu sahaja tanpa ada perhargaan dari Malaya.Tanpa diberi pingat dan nama mereka tak disiarkan lagi di media media.Sepatutnya nama mereka di pahat pada tugu tugu peringatan di seluruh pelusuk negeri untuk mengenangkan jasa para platun yang terkorban terdahulu dan sekarang supaya menjadi kemegahan pada anak,cucu dan cicit mereka bahawa datuk mereka itu pejuang negara.Secara tidak langsung dapat melahirkan rasa jati diri mereka untuk mempertahankan tanah air dari kekacauan supaya mereka ingat jasa pengorbanan datuk mereka yang bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air ini.

Saya berharap kerajaan Malaysia meletak seluruh nama platun yang terkorban semasa konfrantasi dan zaman era komunis supaya meperingati pengorbanan mereka.

No comments: